nuffnang ads

Wednesday, December 15, 2010

PEMBUNUH DR LIM TELAH DIKENALPASTI

PEMBUNUHAN Dr Lim Tow Kiat, pegawai perubatan sebuah klinik swasta yang disenangi penduduk di sekitar Tawau dijangka dapat dirungkai tidak lama lagi.

Polis dikatakan telah mengenalpasti seorang lelaki yang disyaki boleh membantu menyelesaikan kes berkenaan yang turut difahamkan mempunyai motif ke arah hubungan sejenis atau hubungan intim sesama lelaki.

The New Sabah Times dipetik melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis telah mengenalpasti seseorang yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Dr Lim, 49 yang berasal dari Johor, masih bujang dan tinggal di sebuah kediaman di sekitar Tawau. Mayatnya dijumpai dengan kesan tikaman di dada.

Siasatan awal difahamkan, polis menemui bukti tertentu yang boleh merungkai kes pembunuhan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10