nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

PANAS: BEKAS PERMAISURI AGONG, SITI AISHAH, SAMAN UNCLE SEEKERS

BEKAS RAJA Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman, memfailkan saman ke atas pakar paranormal, Syed Abdullah Husseein Al-Attas di mahkamah, atas dakwaan membocorkan maklumat sulit baginda.

Saman juga menamakan bapa Syed Abdullah, iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua dalam kes berkenaan.

Pendengaran bagi interparte telah ditetapkan pada 22 Disember depan di Temerloh, Pahang. Baginda memohon perintah injunksi melarang kedua-dua defendan daripada menyiar dan melaporkan sebarang maklumat peribadi mengenai baginda kepada mana-mana blog, media dan pihak yang bertujuan menyebarkan maklumat berkenaan.

Uncle Seekers dalam blognya sebelum ini menyiarkan beberapa maklumat berkaitan hubungan dia dan Siti Aishah, selain menyiarkan gambar yang turut diguna[akai oleh beberapa pihak tertentu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10