nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

ORANG ANGKUH DAN JUMUD MASIH ADA DALAM UMNO

ORANG yang angkuh dan jumud yang ada dalam Umno itu bukan orang Umno biasa, tapi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Hari ini di Selangor, dia bermati-matian mahukan pemimpin Umno negeri buktikan bahawa kerajaan Persekutuan telah banyak mengeluarkan peruntukan dan modal untuk pembangunan. Jadi seboleh-boleh dengan apa cara pun Umno kena tunjukkan itu perjuangan Umno dan semua itu kerja baik Umno. Maksud Muhyiddin, janganlah pembangunan yang bermodalkan daripada kerajaan pusat, tapi namanya dan jasanya dikecap oleh kerajaan parti pembangkang!

Muhyiddin lupa, peruntukan kerajaan pusat itu BUKAN DUIT ORANG UMNO. Wang itu ada datangnya daripada orang Pas, DAP, PKR dan parti pembangkang lain yang tinggal di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. malah ada juga wang itu datang daripada orang atau rakyat yang tidak sokong mana-mana parti.

Jadi bila wang itu disalurkan kepada negeri dikuasai pembangkang, apa ke jadahnya kata itu duit kerajaan pusat. Kalau macam itu cara fikir pemimpin Umno, lebih baik semua cukai rakyat Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang terus simpan dalam akaun kerajaan negeri. Semua bayaran saman, kompaun dan apa sahaja bayaran rakyat di negeri berkenaan jangan bagi kerajaan Pusat. Lepas itu kerajaan pusat tak perlu sibuk bagi peruntukan, biar kerajaan negeri yang berdaulat dipilih oleh rakyat urus sendiri negeri mereka. Inilah yang dikatakan angkuh dan lupa diri. Duit daripada rakyat semua termasuk dari rakyat negeri pembangkang MAHU DIKATAKANNYA DUIT UMNO ATAU BARISAN NASIONAL!

Satu lagi yang jumud dan angkuh ialah bila kerajaan pusat tubuhkan JKKP yang fungsinya adalah sama dengan JKKK di semua negeri pembangkang. Kerajaan pusat tidak mahukah menghormati keputusan rakyat yang memberi mandat 4 negeri itu diuruskan oleh kerajaan pembangkang. Kalau tidak jumud dan ada peruntukan dari kerajaan pusat untuk kampung atau desa, salurkanlah terus kepada kerajaan negeri yang kemudiann akan disalurkan kepada JKKK yang kerajaan negeri itu sendiri lantik.

Kenapa mesti ada tugas bertindan dan mahu mengganggu urusan kerajaan negeri. Apakah betul kata kerajaan pusat tidak percaya peruntukan yang diberi akan digunakan secara betul. Apakah selama ini kerajaan negeri sebelum dapat dikuasai pembangkang, urus duit kerajaan pusat secara betul? Inilah penyakit, benar-benar penyakit yang ada tapi tidak mahu dibuang dalam diri dan roh pemimpin BN. Rakyat menyampah. Rakyat meluat. Rakyat bukan bodoh. Muhyiddin kena ingat duit kerajaan pusat bukan duit Umno dan Muhyiddin juga jangan ingat pemimpin pembangkang yang urus kerajaan negeri itu bangang sangat.

Satu cara paling baik ialah muhasabah dirilah kalau mahu tengok rakyat menghormati kerajaan yang ada. Kadang-kadang kudis sendiri tak nampak, tapi cerita fasal pekung orang. Sampai ke sudah hajat nak tarik balik sokongan rakyat tak akan sampai.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10