nuffnang ads

Sunday, December 26, 2010

NAHAS NGERI DI PASIR MAS: EMPAT SEPUPU MAUT KERETA LANGGAR POKOK

EMPAT sepupu maut dalam perjalanan ke kelas tuisyen apabila kereta yang dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok sebelum terjunam ke dalam longkang di KM7 Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, jam 8 malam tadi.

Setakat ini dua yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Irsahnudin dan NurulHisna, 11 tahun. Seorang lagi yang turut menaiki kereta berkenaan dikenali sebagai Amir Asyraf,  masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliluddin Rahim, berkata akibat terlanggar pokok dan menjunam ke longkang, mangsa dikatakan tercampak ke luar kenderaan.

Tiga daripada yang terkorban mati di tempat kejadian, manakala seorang ketika dalam perjalanan ke hospital. Polis kini sedang menyiasat siapa yang memandu kenderaan itu kerana berdasarkan siasatan awal kesemua mangsa masih di bawah umur dan tidak memiliki lesen memandu.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10