nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

NAHAS MAUT DI PEDAS LINGGI: TIGA RENTUNG, KERETA MyVi TERLANGGAR TRELER

TIGA maut kerana rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlanggar bahagian belakang sebuah treler panjang dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di KM241.1 berdekatan Plaza Tol Pedas-Linggi, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Sehingga kini kesemua mangsa belum dapat dikenali kerana rentung manakala kereta berkenaan dipercayai jenis Perodua MyVi bernombor pendaftaran MBE 5834, dikatakan milik seorang anggota polis yang bertugas di Melaka.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rembau, Yusof Samad, berkata kereta berkenaan dipercayai dari arah Melaka apabila tiba-tiba terlanggar belakang treler yang dipandu perlahan kerana sedang mengangkut sebuah jengkaut.

Menurutnya, akibat impak perlanggaran di belakang treler itu, kereta berkenaan terbakar dan ketiga-tiga mangsa dikatakan gagal menyelamatkan diri.

Kesemua mayat yang rentung kini dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat. Sementara Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Don pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi 06-6851999.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10