nuffnang ads

Monday, December 6, 2010

MOHON MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN ARAH PERBAIKI SEGERA JALAN PASIR PANJANG-SUNGAI RAYA-LINGGI

KITA tentu tidak mahu lebih banyak kemalangan berlaku hanya kerana keadaan jalan yang sempit dan  berbelok-belok seperti yang ada kini di Kampung Bukit Tembok-Sungai Raya, Port Dickson. Cukuplah hendaknya kemalangan meragut 5 nyawa semalam dijadikan iktibar.

Sehubungan itu, ada baiknya Menteri Besar Negeri Sembilan mengeluarkan arahan segera supaya jalan berkenaan diperbaiki serta merta, terutama selekoh memasuki Lorong Denak kira-kira 600 meter ke arah Bukit Tembok, selepas Klinik Kesihatan Pasir Panjang.

MB mungkin boleh melihat sendiri satu perangkap maut yang sengaja dibina atas nama pembaikan jalan, sehingga Lorong Denak berkenaan tidak boleh dimasuki kenderaan dengan mudah. Di selekoh berhampiran lorong itu juga kerap berlaku kemalangan.

Jangan tunggu JKKK menghantar laporan baru hendak bertindak kerana kalau masih mengamalkan sikap begitu, sehingga kiamat pejabat menteri besar tidak akan tahu apa-apa masalah yang berlaku di kampung berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10