nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

MELAKA: LELAKI 19 TAHUN ROGOL REMAJA 14 TAHUN DIPENJARA 5 TAHUN

Seorang lelaki 19 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan apabila mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol gadis bawah umur di sebuah resort di masjid Tanah, pada 2008.

Muhamad Sharil Nizam Adnan dari Kampung Solok Binjai, Masjid Tanah tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbaan Pendakwa Raya, Ifa Sirhu Samsudin.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas beliau meneliti fakta kes, hujahan dan rayuan oleh tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol gadis berusia 14 tahun ketika kejadian pada 21 Oktober 2008, kira-kira jam 1.20 pagi di Bilik Seroja D' Nelayan Beach Resort, Jalan Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka.

Mengikut keterangan kes, pada tarikh kejadian, kira-kira jam 1 pagi tertuduh yang sudah berkenalan dan berkawan raat dengan mangsa menjemputnya untuk ke chalet berkenaan. Ketika tiba, kira-kira jam 1.20 pagi, mangsa melihat ada enam lelaki lain iaitu rakan tertuduh yang kemudian mengajak melakukan hubungan seks.

Disebabkan mangsa enggan, tertuduh mengugut memanggil rakan lain merogolnya beramai-ramai menyebabkan mangsa ketakutan dan bersetuju melakukan seks.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10