nuffnang ads

Thursday, December 16, 2010

LIMA PELAJAR SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL KENA BELASAH OLEH SENIOR

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil menunjukkan bekas lebam belasahan pelajar senior

LIMA pelajar tingkatan tiga Sekolah Sukan Bukit Jalil, membuat laporan polis mendakwa dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior dalam dua kejadian dalam tempoh sehari di sebuah bilik di sekolah berkenaan Selasa lalu.

Pelajar terbabit mendakwa diserang menggunakan kayu hoki dan hos getah selain ditumbuk, ditendang dan dilempang oleh pelajar senior sebaik sahaja mereka pulang dari menjalani latihan hoki di luar sekolah berkenaan.

Mangsa belasah dikenali T Athitsha, Zizi Azwan Harun Basri, Muhd Fitri Jasni, Hashim Harun dan Ahmad Ashraf Alias.

Kesemua dibawa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas cedera di beberapa bahagian badan sebelum keluarga mangsa membawa untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sungei Besi.

Menurut Fitri, mereka dibelasah sebanyak dua kali oleh pelajar senior terbabit yang sebahagiannya adalah pemain dari Skuad Projek 2013.

Katanya, kumpulan pelajar senior memanggil mereka ke sebuah bilik pada jam 9 pagi. Di bilik itu mereka dimarahi dan terus dibelasag dengan ditumbuk, ditendang dan dipukul menggunakan kayu hoki dan hos getah oleh pelajar senior.

Fitri berkata, dia dan Ahmad Asraf menjadi sasaran utama belasahan, ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu hoki selama sejam sebelum dibenarkan keluar untuk bertemu guru seperti dijadualkan. Bagaimanapun, mereka diugut supaya tidak menceritakan hal itu kepada guru terbabit.

Bagaimanapun, katanya, sebaik pulang berjumpa guru terbabit, mereka sekali lagi dipanggil dan diserang sehingga jam 1.30 tengah hari.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10