nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

LELAKI DAKWA DIPUKUL 11 ANGGOTA POLIS DI PETALING JAYA

Dakwaan Chia, dia dipukul 11 anggota polis di daerah Petaling Jaya.

SEORANG ahli perniagaan mendakwa dipukul beberapa kali di beberapa lokasi berbeza oleh 11 anggota polis gara-gara selepas ditahan dalam sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, di Tropicana, Kota Damansara kira-kira jam 11 malam 18 Disember lalu.

Chia Buang Hing, 34, berkata ketika ditahan dia memandu kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan yang sah. Bagaimanapun, ketika cuba mengeluarkan lesen memandunya, beberapa anggota polis di tempat sekatan jalan raya itu terpandang beberapa ikatan not RM50 terkeluar dari sakunya.

Dakwa Chia, anggota polis terbabit kemudian meminta dia menyerahkan wang berkenaan tetapi dia enggan dan berkata akan membuat laporan polis. Dakwanya bermula di situlah dia dipukul oleh anggota polis berkenaan.

Kemudian Chia mendakwa dia cuba merakamkan gambar anggota polis yang memukulnya menggunakan telefon bimbitnya, tetapi dia terus dikasari dan ditumbuk bertalu-talu. Dia kemudian digari dan kejadian itu lagi dakwanya turut disaksikan oleh seorang rakannya, pengawal keselamatan dan pejalan kaki.

Selepas dibawa di balai polis, Chia mendakwa dia dipukul lagi oleh beberapa orang anggota polis termasuk ketika dibawa ke satu kawasan kosong berdekatan balai berkenaan.

Dalam keadaan longlai dan berdarah, Chia mendakwa dia dihantar ke hospital oleh anggota polis yang terbabit.

Tragedi menimpa Chia ini dipanjangkan kemudian oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang memaklumkan ke The Malaysian Insider (TMI). Lim juga dikatakan mahu kes berkenaan disiasat oleh Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.-diolah dari TMI

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10