nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

KUALA LUMPUR: ANGKARA CINTA BUTA, SISWI UPM LARI TINGGALKAN KELUARGA IKUT TEMAN LELAKI

HARIAN METRO

Hanya tinggal setahun untuk menamatkan pengajiannya, namun kerana mabuk cinta seorang remaja sanggup mengikut teman lelaki dan meninggalkan keluarga tanpa khabar berita sejak Julai lalu.

Remaja terbabit, Suhana Ahmad, 22, yang mengikuti kursus ijazah dalam bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mendapat biasiswa kerana sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dikatakan melarikan diri bersama teman lelaki yang dikenali sejak empat tahun lalu.

Menurut ibunya, Siti Marliah Marjunid, 53, mereka sekeluarga terlalu merindui Suhana dan berharap anaknya pulang dengan segera kerana sudah pelbagai ikhtiar dilakukan mengesan anak ketiga daripada empat beradik itu, namun masih buntu.

"Hati ibu mana yang tidak risau mengenangkan anak yang sehingga kini tidak diketahui apa yang berlaku, sudah banyak usaha dilakukan untuk mencari termasuk secara tradisional namun anak saya masih gagal ditemui.

"Cubaan menghubunginya melalaui teelfon bimbit juga gagal berikutan anak saya mungkin sudah menukar taliannya," katanya yang kini hanya mampu menangis mengenangkan anak perempuannya itu.

Menurutnya, sejak kehilangan Suhana Julai lalu, dia sentiasa menanti kepulangan anaknya itu terutama ketika menjelag Aidilfitri, namun hampa kerana remaja itu langsung tidak pulang.

"Sebelum ini pada Januari lalu dia pernah melarikan diri bersama teman lelakinya namun ditemui semula di stesyen LRT Asia Jaya, Petaling Jaya bersama teman lelakinya itu,

"Selepas dibawa pulang, saya sangkakan dia akan berubah dan mahu meneruskan pengajiannya di UPM namun Julai lalu dia membertahu mahu menangguhkan pelajaran tanpa memberi sebarang alasan," katanya.

Menurutnya, dia cuba memberi nasihat kepada anak gadisnya itu supaya menghabiskan pengajian terlebih dulu namun kerana terlalu mengikut kehendak hati anaknya itu sekali lagi melarikan diri.

"Saya kena dengan teman lelakinya itu dan mereka bercinta ketika anak saya bekerja di sebuah stesyen minyak bersama dengan lelaki terbabit selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Apa yang membimbangkan kata Siti Marliah ialah teman lelakinya itu masih tidak mempunyai pekerjaan dan dia pernah menghubungi keluarga lelaki terbabit di Negeri Sembilan namun ibunya juga memberitahu anak lelaki mereka sudah lama tidak pulang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10