Dah meroyan nak nikah...baguslah |
KRIS Dayanti yang pernah akrab dengan Siti Nurhaliza, dikatakan mulai meroyan untuk bernikah dengan suami orang, Raul Lemos dari Timur Leste.
Sejak gambarnya bercium lidah di khalayak membangkitkan kemarahan ramai, Kris kian meroyan. Khabar terbaru pembantunya dikatakan sedang menguruskan jemputan kepada isteri Presiden, Ibu Ani Yudhoyono dan beberapa pejabat kerajaan.
Layak perkahwinannya bagaikan anak dara yang baru pertama kali mahu mengalami pengalaman duduk berpasang di atas pelamin.
Namun sehingga kini, Kejabat Urusan Agama (Kantor Urusan Agama -KUA) Kebayon Baru, di Jakarta masih belum menerima sebarang permohonan untuk bernikah daripada artis yang meroyan itu.
Ketua KUA, Thoyib, dikatakan memberitahu media, setakat ini tiada permohonan diterima daripada Kris untuk majlis pernikahan itu.