nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

KES WARGA EMAS DIBUNUH: CEMBURU SUAMI ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN PEMBANTU RUMAH

KEMATIAN warga emas, Yeap Siok Pen, 60, yang dibunuh di rumahnya, di Kampung Lubuk Tapah, di Pasir Mas, Kelantan  semalam dipercayai berpunca daripada sikap cemburu mangsa terhadap hubungan sulit di antara pembantu rumah yang ditahan dengan suaminya yang berusia 64 tahun.

Bekas jururawat pergigian itu tidak dapat menahan marah dan cemburu lalu dipercayai bising-bising dan bengang kerana suaminya melayan pembantu rumahnya 'pelik' sedikit sehingga menyebabkan dia berasa amat terseksa batin.

Malah dikatakan, pada satu peringkat mangsa dikatakan amat 'berbulu' dengan sikap pembantu rumah itu yang semakin malas tetapi 'dibelai' manja suaminya tanpa sebarang teguran.

Motif cemburu itu dikatakan dibongkar selepas polis membuat siasatan awal sebaik sahaja pembantu rumah itu ditahan ketika cuba meninggalkan rumah mangsa tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC11 Mazlan Lazim, berkata polis tidak menolak motif berkenaan selepas siasatan awal dilakukan.

Ketika kejadian semalam, mangsa hanya berdua dengan pembantu rumah terbabit dan pembunuhan menurut polis berlaku sekitar jam 12 hingga 1 tengah hari.

Pembantu rumah itu pula ditahan kira-kira jam 5.15 petang ketika sedang berjalan kaki di Kampung Tok Uban, dipercayai mahu meninggalkan tempat kejadian selepas pembunuhan.

Mayat Yeap ditemui anak lelakinya kira-kira jam 2 petang dalam keadaan berlumuran darah di muka, dipercayai ditikam pembantu rumah terbabit.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10