nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

KES BUNUH DR LIM TOW KIAT: MUZAKKIR YANG BERSEMBUNYI, SEDANG DICARI POLIS KERANA DISYAKI SUSPEK UTAMA

POLIS Tawau meminta orang ramai membantu mengesan persembunyian seorang lelaki berusia 20-an bernama MUZAKKIR ABDUL HAK kerana dikehendaki bagi membantu siasatan pembunuhan doktor terkenal di Tawau, Dr Lim Tow Kiat, 8 Disember lalu.

Muzakkir amat-amat dikehendaki dan dicari polis kini kerana dia telah menghilangkan diri selepas Dr Lim ditemui mati dibunuh di kediamannya di Taman Bunga Tulip.

Mayat Dr Lim yang berasal dari Muar dan berusia 49 tahun serta mash bujang, ditemui terbaring di rumahnya dalam keadaan berlumuran darah dan mempunyai kesan tikaman di bahagian dadanya.

Orang ramai yang mengetahui lokasi Muzakkir diminta menghubungi ASP Afendi Main di Balai Polis Tawau. Mereka yang mempunyai hubungan sama ada rapat atau tidak dengan lelaki itu juga diminta memberi maklumat bagi membantu polis menyiasat.

Atau jika Muzakkir sendiri menyedari bahawa dia dikehendaki polis, dia perlu segera menyerah diri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10