nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

KES BUNUH BUDAK 12 TAHUN: PEMBANTU RUMAH BARU 16 TAHUN, BUKAN 24 TAHUN SEPERTI DIDAKWA

Nurhayati baru 16 tahun. Dia berbohong berumur 24 tahun semata-mata untuk mendapat kerja. Akhirnya dia terselamat dari tali gantung

SEORANG pembantu rumah terselamat daripada hukuman gantung, selepas pembohongannya selama ini terbongkar.

Sebelum ini, Nurhayati mendakwa telah berusia 24 tahun semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Singapura.

Bagaimanapun, apabila ditangkap kerana disyaki membunuh anak majikannya yang berusia 12 tahun, pembohongan tentang usia sebenarnya terbongkar. Rupanya Nurhayati yang berasal dari Indramayu, Jawa Barat baru berusia 16 tahun.

Itulah berita gembira buat pembantu rumah yang baru sahaja bekerja dengan majikannya di Huogang Street kerana didakwa di mahkamah membunuh Linda Lee Yee Lin, kanak-kanak OKU berusia 12 tahun yang juga anak majikannya.

Mengikut undang-undang di Singapura, mereka di bawah 18 tahun terselamat daripada hukuman gantung tetapi akan ditahan di penjara mengikut tempoh tertentu.

Peguambelanya, Mohamaed Muzammil Mohamed mengesahkan umur pembantu rumah itu, selepas dia dan pegawai dari kedutaan Indonesia menemuramah keluarganya dan mendapatkan rekod persekolahannya, minggu lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10