nuffnang ads

Wednesday, December 15, 2010

KELANTAN: LU KASI GIRL FRIEND LU SATU MALAM...GUA KASI LU INI PIL KUDA!!

TRANSAKSI perniagaan tukar barang atau barter trade kini dikatakan mula menular di Kelantan, terutama membabitkan golongan remaja.

Ia membabitkan urusan antara pengedar pil kuda dengan remaja lelaki yang ketagihan pil itu, tapi tidak mampu untuk membelinya.

Kini satu skim khas diperkenalkan di kalangan pengedar pil kuda. Mana-mana remaja lelaki boleh mendapatkan pil itu dengan percuma, tetapi syaratnya teman wanita mereka atau kenalan wanita mereka mesti diberi pinjam semalaman untuk diprojekkan.

Fenomena ini dikesan pihak berkuasa, terutama membabitkan remaja lelaki yang mempunyai teman wanita yang pernah mengadakan hubungan seks.

Skim baru dalam perniagaan dadah ini dikatakan amat mendapat sambutan bila mana daripada 296 kes rogol yang dilaporkan berlaku mulai Januari hingga 12 Disember lalu, ada kes membabitkan barter trade ini. Ada penagih pil kuda tergamak menyewakan teman wanita mereka yang telah ditebuk, semata-mata untuk mendapatkan pil kuda yang ditagihi.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Mazlan Lazim, menasihatkan ibu bapa supaya lebih memberi perhatian dan membuat pemantauan lebih ketat agar anak remaja mereka tidak menjadi mangsa pertukaran beli pil kuda ini.

Menurut Mazlan, kebanyakan kes yang dikesan kebelakangan ini turut membabitkan remaja yang berusia di antara 14 dan 16 tahun.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10