SATU lagi masalah dunia berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Kuching, dirogol oleh seorang remaja 15 tahun ketika kanak-kanak itu ditinggalkan oleh keluargnya dalam jagaan jiran, malam Khamis lalu.
Kejadian itu hanya diketahui keluarga kanak-kanak itu ketika melihat anaknya dalam keadaan pelik ketika mengambilnya untuk dibawa pulang.
Setibanya di rumah, mangsa kemudian mengadu pula sakit di bahagian kemaluannya dan selepas ditanya mangsa menceritakan dia 'diubahsuai' oleh remaja 15 tahun itu.
Berikutan itu, mangsa dibawa ke Hospital Kuching petang semalam untuk menjalani pemeriksaan.