nuffnang ads

Thursday, December 16, 2010

KANAK-KANAK KENA LIWAT KETIKA JADI ISTERI DALAM PERMAINAN MASAK-MASAK

JIKA ikut skrip permainan, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu memegang watak sebagai isteri, manakala seorang remaja lelaki berusia 15 tahun pula memegang watak suami.

Segalanya dikatakan berjalan lancar pada peringkat awal dalam permainan masak-masak itu. Bagaimanapun, mungkin si remaja lelaki dirasuk nafsu menggelodak, lalu akhirnya meliwat kanak-kanak lelaki yang menjadi 'isterinya' itu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang kelmarin di satu kawasan perumahan di Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Kejadian diliwat itu disedari ibu kanak-kanak enam tahun berkenaan selepas anaknya mengadu sakit di bahagian dubur.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, ibunya yang berusia 24 tahun segera membawa anaknya itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor kemudian mengesahkan budak itu diliwat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10