Seorang pelancong Jerman maut dibaham jerung di sini hari ini-Reuters |
SELASA lalu, seorang pelancong Rusia yang menyelam di laut berdekatan Resort Sharm al-Sheikh, Mesir, cedera parah apabila dibaham seekor jerung.
Sehari selepas itu, seorang pelancong dari Ukraine pula menjadi mangsa dan parah kerana dibaham jerung mengganas di perairan sama.
Berikutan dua kes serangan berturut-turut itu, resort berkenaan ditutup sementara dan pihak berkuasa menangkap dua jerung yag dipercayai menyerang kedua-dua pelancong pada Selasa dan Rabu.
Bagaimanapun, apabila resort dan perairan itu dibuka semula hari ini, keganasan jerung semakin menjadi-jadi. Seorang pelancong Jerman kali ini terkorban apabila dibaham jerung ketika menjalankan aktiviti snorkeling.
Pengarah Pusat Pemuliharaan Sinai Selatan, Mohamaed Salem, berkata tragedi itu adalah sesuatu yang malang kerana pihaknya telah berusaha untuk mengatasi dua kejadian sebelum itu dengan menutup sementara resort berkenaan. Namun ia tetap berlaku juga.