nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

ISTANA KELANTAN TARIK DUA GELARAN DARIPADA TENGKU RAZALEIGH

SULTAN Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra, dikatakan telah menarik semula dua gelaran negeri yang diaugerahkan kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sumber-sumber terdekat dengan ahli politik itu dipetik The Malaysian Insider, memberitahu berita berkenaan yang hangat diperkatakan sejak malam tadi adalah benar. Sumber-sumber itu mengesahkan dua gelaran termasuk satu yang dikhaskan untuk kerabat ditarik oleh Istana Kelantan.

Difahamkan, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengesahkan hal itu tetapi sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu Tengku Razaleigh dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai isu itu hari ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10