nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

IBU TERKEDU LIHAT DUA ANAK 13 DAN 15 TAHUN BERPELUKAN DENGAN KEKASIH DALAM BILIK TIDUR!!!

SEORANG ibu terkedu apabila melihat dua anak gadis yang masih di bawah umur, berpelukan penuh asyik dengan kekasih masing-masing bagaikan telah berlaki, ketika mahu mengejutkan mereka dari tidur, kira-kira jam 3.30 pagi Rabu lalu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Gombak Indah, membabitkan anak gadis berusia 13 tahun dan 15 tahun berpelukan dengan kekasih masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun.

Pasangan terbabit dikatakan terlalu kepenatan selepas disyaki bersedap-sedapan pada malamnya, sebelum ditemui ibu kedua-dua beradik bawah umur itu dalam keadaan berpelukan.

Kedua-dua lelaki berkenaan merayu dan memohon maaf tetapi atas nama maruah bercampur berang, bapa gadis terbabit membuat laporan polis di IPD Gombak. Sepasukan polis menahan kedua-dua remaja lelaki itu dan ditahan sehingga 28 Disember ini.

Mereka akan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur -HM

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10