nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

HOSPITAL SAHKAN LELAKI HAMIL ANAK KEMBAR


SEORANG lelaki di Birmingham menerima sepucuk surat meminta dia datang membuat beberapa ujian di hospital bagi menentukan kesihatan anak dikandung dan melakukan ujian ultrasound.

Dia juga menerusi surat itu dinasihatkan menjaga kandungannya kerana ada kemungkinan dia akan melahirkan anak kembar.

Surat itu mengandungi nama penuhnya, tarikh lahir dan nombor insurans kebangsaan miliknya. Hilton Plettel juga diarahkan supaya menjalani semua ujian itu di Hospital NHS di Norfolk and Norwich University dengan segera.

Namun semuanya menjadi kelucuan melampau apabila lelaki itu yang juga seorang pengurus sebenarnya tidak mengandung!

Hospital yang menghantar surat berkenaan kemudian memohon maaf dan ada kemungkinan tersilap data kerana sebelum ini Plettel pernah menjalani pembedahan di hospital berkenaan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10