nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

HANTU GETAH BEKU MENGGANAS DI KAMPUNG TAMBAK BUGIS, MELAKA

SEJAK harga getah naik mencecah RM6 sekilogram, banyak hantu dikatakan berkeliaran di sekitar Kampung Tambak Bugis, di Melaka mencuri getah penduduk pada sebelah malam.

Kegiatan yang berlarutan sejak sebulan lalu menyebabkan penduduk berang, apatah lagi ada di antara mereka kehilangan sehingga 120 kilogram sebulan!

Lebih kurang 15 penoreh kini terpaksa berkawal malam bagi mencegah hantu berkenaan mencuri getak beku mereka, tetapi sehingga kini hantu yang pintar mengghaibkan diri itu gagal diberkas.

Seorang mangsa, Abdul Rahman Mohd Yusof, 76, mendakwa dia kehilangan hasil torehan di kebunnya sehingga hampir 30 kilogram, iaitu hasil daripada 150 pokok yang ditoreh.

Sepanjang bulan lalu katanya, dia kehilangan hasil torehan sebanyak empat kalidan mengalami kerugian hampir 120 kilogram.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10