nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

GURU TADIKA TEKAP MUKA 7 PELAJARNYA DENGAN SETERIKA KERANA BISING

Salah seorang daripada tujuh mangsa ditekap seterika ke mukanya oleh guru tadika kerana didakwa berbuat bising.

TUJUH kanak-kanak yang belajar di sebuah pusat didikan pra-sekolah, cedera teruk di muka masing-masing apabila seorang guru wanita berusia 30 tahun, bertindak di luar waras menekap seterika panas gara-gara mangsa bercakap di dalam bilik darjah.

Kejadian menggemparkan itu, berlaku di sebuah tadika di Xianghua, China menyebabkan ramai ibu bapa naik berang apabila mendapati muka ketujuh-tujuh mangsa melecur teruk.

The Yangtze Evening Post melaporkan, guru wanita yang masih bujang itu turut mengugut kesemua mangsa supaya merahsiakan kejadian itu, sebaliknya diminta memberi tahu keluarga kesan melecur itu akibat terjatuh di tandas!!!

Menurut akhbar itu lagi, jika tidak kerana dihalang oleh seorang guru lain, lebih banyak pelajar dijangka menjadi mangsa guru yang hilang akal itu.

Seorang ibu mangsa Cheng Sixia, dipetik berkata beliau terkejut apabila mendapati muka anaknya melecur. Bagaimanapun, apabila ditanya, anaknya itu memberi alasan ia akibat terjatuh di lantai tandas yang licin.

Sixia bagaimanapun, tidak percaya kerana selain ada kesan melecur di muka, terdapat juga kesan lecur lain di belakang telinga anaknya.

Guru berkenaan kini ditahan untuk siasatan polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10