nuffnang ads

Wednesday, December 15, 2010

GAMBAR SEDIH: BUDAK 4 TAHUN TANPA MAKAN/MINUM DI SISI MAYAT IBU DIBUNUH SELAMA 3 HARI

Di rumah sewa inilah mayat Magdeline ditemui, ditemani anaknya yang berusia 4 tahun selama 3 hari-SUD
Timbalan OCPD Sibu, DSP Zamani memujuk kanak-kanak malang yang bersimpuh di sisi mayat ibunya, dipercayai mangsa bunuh selama tiga hari tanpa makan dan minum..simpati dan kasihan -SUD.

DEMI kasih pada ibu tercinta, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun hanya mampu membiarkan dirinya berada di sisi tubuh ibu yang telah tidak bernyawa lagi, walaupun terpaksa berada di situ selama tiga hari tanpa makan dan minum.

Tragedi yang menimpa kanak-kanak di Sibu, Sarawak ini menarik perhatian media luar negara, termasuk Singapura dan Australia.

Ibu kanak-kanak itu, Magdeline anak Chadom, 36, berasal dari Kanowit dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewanya.

Ketika ditemui, mayatnya telah reput manakala kanak-kanak itu tidak bermaya dipercayai kelaparan dan keletihan menunggu di sisi mayat ibunya yang tercinta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, DSP Zamani Hamdan, berkata seorang lelaki dipercayai ayah dan bekas suami mangsa telah ditahan polis berikutan kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10