Mari anak-anak, ibu tunjukkan jalan ke neraka. Haramkan dia ke Malaysia! |
DEWI PERSSIK, artis dangdut Indonesia yang pernah membangkitkan kemarahan Front Pembela Islam (FPI) kerana sering bersikap keterlaluan dalam persembahannya ternyata semakin hilang pedoman.
Dalam satu persembahan di Banjarmasin, minggu lalu Dewi tergamak membenarkan kanak-kanak lelaki menari dan bergelek bersamanya. Namun keterlaluannya sudah tidak terkawal apabila membuka baju di depan kanak-kanak terbabit dan membiarkan mereka merakam gambar seksinya sesuka hati.