nuffnang ads

Sunday, December 26, 2010

DUA POLIS PUKUL AHLI PERNIAGAAN DITAHAN!

DUA anggota polis, masing-masing berpangkat konstabel ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes memukul seorang ahli perniagaan Chia Buang Hing, 34, 18 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-duanya akan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 323 dan 379 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan mencuri.

Chia sebelum ini mendakwa dia dipukul 11 anggota polis selepas ditahan pada satu sekatan jalan raya jam 11 malam 18 Disember lalu.

Selain dipukul, Chia mendakwa duitnya sebanyak RM13,000 turut dicuri oleh anggota polis yang terbabit. Berikutan itu Tun Hisan mengarahkan satu panel siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan, diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10