nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

CUT TARI AKAN HADIR DI MAHKAMAH, MELIHAT SEMULA VIDEONYA DI RANJANG BERSAMA ARIEL

Cut Tari akan hadir di mahkamah sebagai saksi Isnin depan. Dia akan diminta membuat pengecaman video seksnya dengan Ariel

ISNIN depan Cut Tari yang pernah bersama Ariel di atas ranjang akan diminta tampil ke mahkamah untuk menjadi saksi, apabila video seksnya dengan penyanyi Peterpan itu disiarkan semula.

Peguam bela Cut Tari, Hotman Paris Hutapea, mengesahkan anak guamnya itu akan hadir sebagai saksi dan akan ditanya "Itu siapa" sebaik sahaja video hubungan seks itu disiarkan sebagai bahan bukti.

Maknanya kata Hotman, Cut Tari mesti kuat mentalnya berdepan keadaan di mana dia diminta membuat pengecaman aksi yang dia sendiri terlibat di ranjang bersama Ariel.

Setakat ini katanya, Cut Tari sedang berusaha memperkuatkan mentalnya untuk berdepan keadaan itu walaupun sering sahaja Cut Tari memberitahu amat lemah untuk menghadapi suasana di mahkamah nanti.

Kes pendakwaan Arile berhubung penyebaran video seks itu masih panjang dan pelbagai pihak masih menunggu apa sudahnya kes berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10