nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

BERJUTA BELALANG SERANG AUSTRALIA

Penuh di jalan...belalang
Belalang kunyit...sedang menjamah tanaman yang diperolehi secara percuma di ladang-ladang
KUMPULAN belalang kunyit yang dianggarkan berjuta jumlahnya kini menyerang beberapa kawasan di Australia menyebabkan petani dan pemandu kenderaan mulai risau.

Jurucakap bahagian kawalan belalang Australia, Stephen Nee, berkata beberapa kawasan seperti Echuca, Charlton, St Arnaud, Quambatook dan Wycheproof kini telah dipenuhi belalang berkenaan. Ia memenuhi kawasan ladang, rumah kediaman dan di jalan raya.

Menurutnya, kumpulan belalang berkenaan dipercayai terbang menyusur Sungai Murray dan selatan Swan Hill dan kini semakin banyak bergerak ke arah selatan Victoria.

Stephen menasihatkan pemandu kenderaan khasnya supaya lebih berhati-hati kerana kehadiran kumpulan belalang dalam jumlah yang banyak itu boleh menjejaskan penglihatan mereka dan boleh menyebabkan kemalangan.-the age

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10