DUA lelaki ditahan petang tadi ketika terbabit dalam perarakan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam).
Perarakan diketuai Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar itu bertujuan menyuarakan bantahan di atas perintah penggantungan Parlimen ke atas empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.