Benarkah maklumat pihak di Sarawak kononnya barangan kemas yang dipakai isteri baru Ketua Menteri Sarawak, seorang wanita Lebanon berusia 28 tahun dianggarkan bernilai RM150 juta? Pihak tertentu memetik anggaran seorang penilai emas terkenal London mengenai nilai barangan berkenaan. Mungkin Tan Sri Abdul Taib Mahmud dapat menjelaskan khabar terbaru ini dan mungkinkah Sarawak Report yang menerima ancaman "mati" ada kaitan apabila laman itu tidak boleh dilayari sebaik sahaja berita berkenaan tersebar. Laman Sarawak Report telah digodam beberapa jam menerima tulisan Bian Baru yang mendedahkan serba sedikit tentang perkahwinan yang dikatakan amat-amat mewah ini.