nuffnang ads

Monday, December 20, 2010

BANJIR TERENGGANU: BALAI POLIS KERTIH DINAIKI AIR

HUJAN dua hari berterusan mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kertih, Kemaman dinaiki air. Antara kawasan terbabit ialah di KM111 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan yang ditenggelami air sehingga 0.6 meter petang semalam.

Selain itu, Balai Polis Kertih turut dinaiki air setinggi 0.4 meter manakala jalan di bandar itu turut ditutup kepada kenderaan ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Shalat, berkata walaupun dinaiki air, balai berkenaan masih beroperasi seperti biasa.

Sementara itu 50 penduduk daripada 15 keluarga di Kampung Baru Kertih dipindahkan ke dewan orang ramai jam 4 petang semalam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10