Wanita Thailand ditahan kastam Indonesia telan 1,200 pil ekstasi di Bali-pix:afp |
Wanita yang mendakwa bekerja sebagai penari di ibu negara Thailand itu membungkus kesemua pil berkenaan di dalam plastik dan menelannya sebelum masuk ke Indonesia untuk diedarkan semula ke kawasan percutian dan peranginan terkenal itu.
Pegawai kastam yang menahannya telah menghantar wanita itu ke hospital selepas mengesyaki sesuatu ketika melakukan pemeriksaan pada tubuhnya.
Dia mendakwa menerima arahan membawa dadah berkenaan ke Bali atas arahan seorang lelaki warga Israel dengan upah RM1,400.