nuffnang ads

Wednesday, December 15, 2010

ANAK LELAKI NAJIB ANTARA PENUMPANG DALAM PESAWAT YANG DITAHAN INDONESIA SEMALAM

Anak lelaki Najib antara 81 penumpang yang ditahan ketika menaiki pesawat dari Dili, Timor Leste dan mendarat di Lapangnan Terbang Juanda, Jakarta Timur, tengah hari semalam.

ANAK Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah di antara 81 penumpang yang berada dalam pesawat jenis BAE 146-200 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Jakarta Timur, semalam.

Pesawat itu yang dari Dili, Timor Leste menuju ke Kuala Lumpur, ditahan dan tidak dibenarkan berlepas jam 12.45 tengah hari waktu Indonesia Barat atas sebab tiada kebenaran untuk mendarat.

Bagaimanapun, enam daripada 81 penumpang pesawat itu termasuk anak Najib dan seorang pegawai bertugas bagi seorang menteri negara ini dibenarkan menyambung perjalanan menaiki pesawat lain.

Ketua Penerangan Tentera Nasional Indonesia, (TNI) Laksamana Iskandar Sitompul, dipetik berkata pemeriksaan senarai nama penumpang mendapati salah seorang daripada mereka adalah anak lelaki Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga mengesahkan kebenaran diberi kepada enam penumpang termasuk anak lelaki Najib itu untuk pulang ke Kuala Lumpur, manakala baki 75 penumpang lain masih tidak dibenar meneruskan perjalanan sehingga perbincangan antara pegawai kedua-dua negara selesai.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10