nuffnang ads

Monday, December 27, 2010

ADIK BAGI KAWAN KAT ABANG, ABANG BAGI KAWAN KAT ADIK: DUA-DUA KENA CEKUP KELMARIN

DUNIA telah terbalik. Keakraban adik-beradik kini tidak lagi terbatas, apabila seorang abang dan adik perempuannya berkompromi untuk saling bersedap-sedapan dengan rakan masing-masing.

Kes berlaku di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, petang kelmarin. Si abang membenarkan adik perempuannya tidur bersama rakannya sendiri, manakala si adik membenarkan pula abangnya meniduri rakan baiknya. 

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu diberkas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di dua bilik berasingan di hotel murah berkenaan.

Dalam serbuan di bilik pertama, lelaki 24 tahun ditahan dengan pasangannya yang hanya memakai baju tidur nipis tanpa coli dan tanpa seluar dalam. Lelaki itu seorang nelayan, manakala wanitanya pula tidak bekerja dan kawan adik perempuan si lelaki.

Di bilik kedua, JAIK yang diketuai Md Nasir Md Dali, menahan sepasang lagi pasangan kompromi itu. Pasangan lelaki berusia 24 tahun rakan kepada lelaki yang ditahan sebelumnya dan bekerja sebagai nelayan juga.

Dia ditahan bersama pasangannya, seorang wanita yang juga adik kepada rakannya yang sebelum itu ditahan di bilik yang pertama hotel berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10