nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

3,360 BOTOL KICAP MANIS KIPAS UDANG PALSU DIRAMPAS

Lahabau betul...orang lain susah-susah mencipta resepi, orang lain pula yang senang-senang kipas kutip untung atas angin.

Demikian berlaku di Seremban hari ini, apabila sebanyak 3,360 botol kicap manis cap KIPAS UDANG yang dipalsukan dirampas penguatkuasa Kementerian Perdagangan di sebuah premis syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah.

Ketua penguatkuasa, Mohd Nor Musa, berkata pemilik syarikat itu yang berusia 50 tahun mendakwa tidak tahu kicap itu adalah tiruan. (sejak dulu-dulu itulah alasan mereka...tak tahu!)

Berikutan rampasan itu, bahagian penguatkuasa mengambil beberapa sampel kicap palsu berkenaan untuk dihantar ke makmal bagi memastikan kandungannya.

Beliau berkata, mereka yang terbabit akan didakwa mengikut  Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.

Kicap palsu menggunakan tulisan berkomputer pada cetakan tarikh tamat tempohnya manakala yang tulen menggunakan cetakan laser.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10