INILAH wanita Indonesia, Zulfa Ismail, 20, atau dikenali sebagai Puteri yang dicari polis bagi membantu kes pembunuhan seorang kerani insitusi pengajian tinggi, Rashidi, 27 di Padang Jawa, Shah Alam.
Zulfa adalah isteri orang dan Rashidi kekasihnya masih bujang. Rashidi dipercayai dibunuh dua lelaki Indonesia menggunakan celorek. Kini Zulfa atau Puteri melarikan diri. Sesiapa mempunyai maklumat mengenainya, sila hubungi IPD Shah Alam atau balai polis terdekat.