nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

UUM TANGGUH DUA SESI AKHIR KONVOKESYEN KERANA BANJIR

DUA sesi akhir konvokesyen ke 23 Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain ekoran jalan utama menuju ke kampus universiti itu di Sintok, Kedah dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Naib Canselor UUM, Datuk Dr Mohamaed Mustafa Ishak, dalam satu kenyataannya berkata keputusan itu terpaksa dibuat kerana ibu bapa dan pelajar gagal hadir disebabkan perhubungan jalan yang terputus.

Beliau berkata kedua-dua sesi akhir itu akan dipinda tarikhnya ke bulan Januari, tetapi tarikhnya belum lagi ditetapkan.

Kedua-dua sesi itu sepatutnya berlangsung hari ini membabitkan 1,373 penerima ijazah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10