nuffnang ads

Wednesday, November 24, 2010

TERKINI LUAR NEGARA: SATU LETUPAN KUAT BERLAKU BEBERAPA JAM TADI MENYEBABKAN POLIS MEMBUAT PENGUMUMAN, KESEMUA 29 PELOMBONG TERPERANGKAP MATI

SELEPAS mendapat sedikit harapan apabila sebuah robot berjaya merakamkan topi masih terpasang lampunya di dalam lombong arang batu di Pike River, semua waris mangsa yang terperangkap tadi, sayu dan berpelukan kesedihan apabila mendengar pengumuman terbaru ketua penyelamat, Superintendan Gary Knowles.

Gary Knowles yang menitiskan air mata membuat pengumuman bahawa tidak mungkin ada di antara 29 mangsa akan terselamat berikutan berlaku satu letupan kuat sebentar tadi di dalam lombong berkenaan.

 "Amat malang dan menyedihkan untuk saya membuat pengumuman ini bahawa tidak mungkin ada yang terselamat kerana satu letupan besar baru sahaja berlaku di kawasan pelombong yang terperangkap itu berada" katanya kepada semua waris yang menunggu kepulangannya dari kerja menyelamat.

Letupan besar itu dikesan berlaku pada jam 2.37 waktu New Zealand dan dikatakan lebih besar daripada letupan pertama lima hari lalu - sebelum 29 pelombong itu terperangkap di dasar lombong berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10