nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

TERKINI GUNUNG MERAPI: 100 TERBUNUH DAN 100 PARAH. 47 MASIH HILANG!

SEMOGA Allah memberi kekuatan kepada mereka yang berdepan bencana ini. Betapa luluh pun hati dikecam demikian hina sebelum ini, doa kami tetap mahu Allah selamatkan Indonesia. Selamatkan saudara kami!

DENGAN letusan masih berterusan dilontarkan dari mulut Gunung Merapi, angka kematian semakin bertambah. Kini di bilik mayat Rumah Sakit Sardjito sahaja telah ada 46 orang menjadikan angka kematian sejak gunung itu meletus mencecah 100 orang. Sementara lebih 100 dilaporkan parah terbakar, manakala 47 lagi disahkan hilang, sama ada terkambus bersama lava panas yang mengalir atau telah korban dimamah debu panasnya.

Serentak itu, Presiden Persatuan Palang Merah Indonesia (PMI), Jussuf Kalla, mengarahkan semua ahli persatuan itu memborong semua roti yang dijual di sekitar Yogyakarta, sebagai satu cara untuk menampung keperluan makanan bagi mereka yang sedang berlindung di beberapa pusat pemindahan.

Arahan Jussuf yang pasti datang dari dalam jiwanya kerana pedih melihat nasib hampir 100,000 mangsa di pusat pemindahan yang berdepan masalah kelaparan kepada media Indonesia lebih kurang begini: "Berapa banyak pun roti, di mana sekalipun dijual, kita kena beli demi memastikan semua yang berlindung tidak kelaparan!"

Sejak subuh tadi, Gunung Merapi meletus dengan letupan kuat sehingga lava dan debu panasnya mencecah hampir 15 kilometer menyebabkan beberapa kampung hangus rentung bagai padang jarak padang terkukur.

Sama-samalah mendoakan umat Islam di sana yang sedang berdepan ujian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10