nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

TERBARU!!! GUNUNG MERAPI MELETUS KUAT SUBUH TADI. SEKURANG-KURANGNYA 20 TERBUNUH

GUNUNG Merapi meletus lagi subuh tadi. Lebih 20 orang dikatakan terbunuh, manakala 50 yang lain cedera parah terbakar dan kini dirawat di Rumah Sakit Sardjito, Yogyakarta.

Penduduk menyelamatkan diri apabila Gunung Merapi meletus dengan kuat subuh tadi.
12 mayat hangus dibakar debu panas telah dikeluarkan dari beberapa kampung. Beberapa kampung musnah, termasuk Kampung Brunggang yang jadi padang jarak padang terkukur. Kampung lain ialah Argomulyo, Cangkringan dan Sleman.

Pegawai Perubatan Rumah Sakit Sardjito, Dr Sigit Priyo Hutomo, dipetik Kompas.com berkata, 50 orang yang cedera parah terbakar kini baru sahaja sampai di rumah sakit itu.

Menurutnya, angka kematian mungkin mencecah puluhan manakala yang cedera bilangannya mungkin ratusan orang. Pihak rumah sakit dikatakan sedang merayu bantuan penghantaran katil bagi menampung jumlah cedera yang dijangka semakin ramai tiba.

Letupan Gunung Merapi subuh tadi adalah antara yang terkuat dan ramai penduduk terperangkap kerana sebahagiannya sedang tidur selepas pulang ke rumah selepas beberapa hari di tempat pemindahan.

-Berita terbaru akan menyusul

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10