nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

TAN SRI ADAM KADIR SAMAN POS MALAYSIA BERHAD

BEKAS Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Adam Kadir memfailkan saman terhadap syarikat korporat itu dan dua defendan yang lain di atas dakwaan melakukan perlanggaran kontrak kerja dan penyingkiran jawatannya secara salah.


Adam dalam tuntutan samannya memohon pengistyiharan bahawa penyingkirannya daripada jawatan terakhirnya sebagai tidak sah dan sekaligus memohon sejumlah gantirugi.

Dua defendan lain ialah kerajaan Malaysia dan Menteri Kewangan. Dalam tuntutannya Adam memberitahu beliau dilantik sebagai pengarah dan pengerusi syarikat itu bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mac 2005.

Pada 1 Mac 2008, kerajaan bersetuju melantiknya sebagai pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Berhad bagi tempoh setahun lagi. Berdasarkan kontrak itu defendan tidak boleh menamatkan khidmatnya sehinggalah pada 28 Februari 2009.

Bagaimanapun, pada 23 May 2008 beliau terkejut menerima surat daripada Menteri Kewangan memaklumkan tentang perlantikan orang lain ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Jun 2008.

Adam antara lain menuntut gantirugi kehilangan elaun sebanyak RM90,000, hilang elaun mesyuarat pada kadar RM750 setiap kali mesyuarat, kehilangan perbelanjaan penginapan RM10,000 sebulan dan kehilangan hak menikmati elaun penerbangan sebanyak RM160,000 bagi dirinya dan isteri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10