nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

SYARIKAT PENERBANGAN AIRASIA DIPERINTAH BAYAR RM206.90 KEPADA GURU

DI SIBU, Mahkamah Tribunal hari ini memerintahkan syarikat penerbangan AirAsia membayar RM206.90 kepada seorang guru, Mohd Ikram Mohd Rawi .

Ini kerana mahkamah itu mendapati syarikat penerbangan itu gagal melaksanakan tanggungjawab koporatnya kepada pengguna.

Presiden Mahkamah Tribunal, Pretam Singh a/l Darshan Singh memerintahkan pembayaran itu dibuat untuk membayar semula bil telefon guru itu yang membuat tempahan penerbangan melalui internet tetapi telah dibatalkan oleh AirAsia.

Dalam penghakimannya, Pretam Singh berkata, AirAsia diperintah membayar jumlah itu kepada Mohd Ikram dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman dan jika gagal syarikat itu boleh didenda RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10