nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

SUSULAN GAMBAR BERCIUM MULUT: JIKA NABIL TIDAK BUAT LAPORAN POLIS, PEMINAT AKAN BUAT!

KES gambar Nabil bercium mulut mungkin menjadi rumit. Ini kerana beberapa peminat pelawak itu dikatakan bersedia untuk membuat laporan polis jika Nabil gagal memberi penjelasan sewajarnya berhubung gambar yang memalukan itu.

Sekumpulan peminat dari Negeri Sembilan menggelarkan diri mereka Hoben, mendakwa penjelasan Nabil berhubung gambar itu kurang menyakinkan. Mereka menegaskan tidak teragak-agak membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat ketulenan gambar berkenaan.

Ini kerana mereka dakwa gambar itu menyebabkan imej anak seni di negara ini tercalar, terutama selepas sebegitu banyak kes salah laku berlaku di kalangan artis tempatan. Malah dakwa mereka, perbuatan itu amat menyinggung penduduk di negara ini, seolah-olah artis boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan adab budaya dan agama di negara ini.

Wakil Hoben yang tidak mahu mendedahkan identiti mereka juga meminta Nabil serius menjawab persoalan tentang penyebaran gambar yang didakwa banyak pihak adalah dirinya sedang bercium mulut dengan Qasha.

"Kami mahu industri seni tanah air bersih. Kalau betul cakap betul, kalau tidak cakap tidak. Kami akan pastikan kes ini seperti video Ariel yang didakwa melakukan hubungan seks dengan Luna Maya! Kalau tiada penjelasan yang memuaskan, kami akan buat laporan polis" katanya.

Semalam, dalam sebuah akhbar Nabil memberitahu konon dia malu dengan gambar itu walaupun dia mendakwa itu bukan gambar dirinya. Malah Nabil sempat bertanya kepada wartawan akhbar berkenaan sama ada gambar itu nampak macam superimposed atau tidak.

Wakil Hoben juga mencabar Nabil jika benar dia tidak bersalah, dia mesti berani membuat laporan polis bagi memuaskan hati peminatnya yang mula goyah dengan penyebaran gambar bercium mulut itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10