nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

SKANDAL TERBARU PERDANA MENTERI ITALI: PENARI MAGRIBI 17 TAHUN MENGAKU HADIRI MAJLIS ' BUNGA-BUNGA '

SATU majlis seks selepas makan malam diberi nama 'Bunga-Bunga' bukan sahaja mengejutkan satu dunia, tetapi mengejutkan kita di Malaysia. Ini kerana majlis itu menggunakan Bahasa Malaysia, tetapi dianjurkan oleh Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi di kediamannya!

Penari Magribi, Rubi, 17, yang dibebaskan daripada tahanan polis oleh Berlusconi selepas ditangkap kerana mencuri Mei lalu, memberi kenyataannya kepada polis dan kenyataan itu pula akhirnya bocor dan sampai ke pihak media.
Berlusconi anjur majlis 'Bunga-Bunga'

Perdana Menteri Itali itu yang mengaku kepada media bahwa beliau memang campur tangan dalam pembebasan Ruby sebelum ini bagaimanapun cuba menutup mulutnya tentang majlis 'Bunga-Bunga' seperti dakwaan Ruby.

Menurut Ruby, selepas dibebaskan polis dia dijemput menghadiri majlis itu yang merupakan kod untuk orang tertentu. Ia adalah majlis makan malam sebelum kemudian disusuli upacara gusti seks di antara dia dan Berlusconi.  Majlis itu berlangsung di kediaman perdana menteri Itali itu di Milan.

Tambah Ruby lagi, pada majlis itu dia bukan sahaja dilayan seperti ratu tetapi pelbagai menu termasuk kanabis percuma juga disediakan.

Pendedahan Ruby, penari muda Magribi ini adalah pendedahann terbaru daripada beberapa siri pendedahan selama dua tahun yang membongkar kelahapan nafsu Berlusconi terhadap perempuan. Nafsu rakus pemimpin negara itu terus disingkap Ruby selepas dia menerima bayaran sebanyak 7000 Euro, sebaik sahaja tamat melayani kehendak serakah Berlusconi.

Beberapa bulan lalu, seorang pengiring wanita berusia 42 tahun, Patrizia d'Addario, membuat laporan polis selepas menikmati santapan seks bersama Berlusconi selama dua petang di istana Palazzo Grazioni, Rom.

Kini, pebagai pihak membuat rumusan terbaru bahawa pendedahan Ruby tentang majlis Bunga-Bunga yang dihadirinya di rumah Berlusconi bakal menjadi punca kejatuhan seorang pemimpian negara dan kerajaan yang diterajuinya.

Berlusconi selepas ini tidak berupaya lagi menganjurkann majlis-majlis seks di kediaman mewah, sebaliknya bakal menyusuri longkang di lorong-lorong belakang mencari sundal murahan demi kepuasan nafsunya yang membuak bagai air terjun Niagara! Dia bakal ditolak dari tampuk pemerintahannya. Hanya menunggu masa sahaja!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10