nuffnang ads

Tuesday, November 16, 2010

SINGA LAUT AMAT PRIHATIN ANAK YATIM PIATU

SINGA LAUT dikenalpasti antara haiwan yang amat mempunyai sifat penyayang. Dalam satu kajian dilakukan oleh seorang pengkaji dari Arizona State Uiversity, Ramona Flatz, mendapati sebahagian besar anak yang dibela oleh ibu singa laut bukan dari darah daging mereka.

Flazt percaya, berdasarkan ujian DNA yang dilakukannya, anak singa laut yang terbiar akibat kematian ibu kandung, dibela oleh singa laut betina yang lain sebagai salah satu tanggungjawab komuniti haiwan itu.

Ujian dilakukan Flatz di di lokasi di perairan Teluk California, iaitu di Pulau San Jorge dan Pulau Los Islotes. Hasil ujian itu mendapati 6 daripada 109 pasangan ibu dan anak singa laut di Pulau San Jorge, tidak memiliki genetik pewaris. Begitu juga di Pulau Los Islotes, di mana 9 daripada 51 pasangan ibu dan anak singa laut didapati memiliki DNA yang berbeza.

Flazt membuat kesimpulan, keadaan itu berlaku kerana ada singa laut betina memikul tanggungjawab memelihara anak yatim piatu! Manusia begitukah? Kajian Flazt diterbitkannya dalam jurnal online PLoS ONE.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10