nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

SIAPALA SI MAMAT ARTIS YANG CURI MOTOSIKAL NI?

SIAPALAH si mamat artis yang masih tak serik-serik mengulangi perangai buruk melakukan jenayah ini? Dulu si mamat ni pernah dihukum oleh mahkamah negara jiran kerana kesalahan mencuri, kini yang terbaru dia dikatakan mengulangi perbuatan terkutuk itu!

 Kali ini si mamat itu dikatakan terbabit dalam kes mencuri motosikal di Johor. Artis dari selatan tanah air ini seolah-olah tidak serik walaupun usianya barulah di hujung jari.

Dalam kejadian terbaru, si mamat ini ditangkap polis dan didakwa pihak berkuasa. Si mamat ini bukan hanya terbabit dalam jenayah tetapi juga dikatakan terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine. Cuba teka siapa si mamat ni?

SS di Harian Metro ada menyiarkan kisah buruk perangai si mamat ini yang memang terkenal dengan perangai kaki kelentong dan panjang tangan.

Si mamat ini sebenarnya amat berbakat dalam dunia nyanyian dan dia pernah meraih populariti di kemuncak kariernya dengan lagu yang kalau ibu atau emak atau umi dengar tentu meleleh air mata kerana seni kata lagunya dan suaranya amat mendayu-dayu.

Namun kini apalah yang tinggal lagi. Lupa diri kerana menyangka boleh glamour sampai ke mati menyebabkan si mamat ini dipandang orang bagai sampah masyarakat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10