nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

SEBUAH LAGI PESAWAT QANTAS MENDARAT CEMAS, SELEPAS DIARAH BERPATAH BALIK

MASALAH kerosakan enjin pada pesawat milik syarikat penerbangan Qantas berulang lagi. Hari ini sebuah pesawat dalam penerbangan domestik di Australia, diarah berpatah dan membuat pendaratan kecemasan selepas krew pesawat berkenaan memaklumkan terdapat gegaran pada bahagian kiri enjin pesawat berkenaan.

Pesawat Boeing 767 yang membawa 234 penumpang itu baru sahaja berlepas 10 minit dari Perth ke Melbourne apabila diarah berpatah semula selepas krew memaklumkan kesan gegaran yang merisaukan itu.

Jurucakap Qantas, Simon Rusthon, memberitahu Australia Associated Press (AAP), pesawat menggunakan enjin GE itu diarahkan berpatah semula bagi mengelak kemungkinan buruk berlaku.

Beberapa hari lalu, dua pesawat Superjumbo A380 Qantas turut berdepan masalah serupa, menyebabkan kedua-duanya terpaksa mendarat cemas di Singapura. Malah serpihan penutup enjin salah sebuah pesawat itu turut tercampak di Pulau Batam.

Pesawat 767 milik Qantas ini terpaksa berpatah semula hari ini selepas 10 minit berlepas dari Perth ke Melbourne apabila krew mengesan gegaran pada bahagian kiri enjinnya. (AFP)
Bagaimanapun, kedua-dua pesawat itu menggunakan enjin Rolls Royce, manakala pesawat 767 yang diarah berpatah semula hari ini menggunakan enjin keluaran GE.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10