nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

SEBAB ROGOL, LIWAT, SEKS ORAL DENGAN AMAH 50 TAHUN, WAN FAISAL DIPENJARA 32 TAHUN DAN 24 SEBATAN!!

DIA dikenakan hukuman penjara 32 tahun dan 24 kaki sebatan. Kesalahannya kerana meliwat, merogol, dan memaksa seorang amah Indonesia berusia 50 tahun melakukan seks oral ke atasnya, pada 27 Mac lalu, di sebuah rumah di Kangkar Pulai, Johor.

Penganggur, Wan Faisal Wan Muhamed, 23, kemudian menjadikan kesnya lebih dramatik dan berwarna-warni apabila melakukan perbuatan itu di depan seorang kanak-kanak 3 tahun yang diasuh oleh amah berkenaan.

Hari ini, di Mahkamah Sesyen, dia mengaku bersalah di depan hakim, Norazlan Ahmad. Harga yang perlu dibayarnya ialah hukuman penjara 32 tahun dan sebatan 24 kali!

Kes ini bertambah menarik apabila hakim meninggalkan kamarnya, Wan Faisal yang kebingungan berpaling ke arah anggota polis dan kemudian terdengar bertanya: "Kena sebat sakit tak?"

Mengikut kertas pertuduhan, Wan Faisal menceroboh dan masuk ke rumah berkenaan sebelum mengugut amat terbabit menggunakan sebilah pisau. Dia kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil barangan bernilai RM4,000.

Selepas itu, barulah Wan Faisal meliwat, merogol dan memaksa seks oral dilakukan oleh amah berkenaan. Selepas kejadian dia mengugut akan membunuh amah itu jika kejadian itu dilaporkan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10