nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

SAKINEH MOHAMADI-ASTIANI DIJANGKA DIREJAM DENGAN BATU SEHINGGA MATI ESOK.

WANITA Iran, Sakineh Mohamadi-Astiani yang mendapat perhatian antarabangsa terutama di kalangan kononnya mendakwa sebagai pejuang hak-hak wanita dijangka akan menjalani hukuman rejam dengan batu sehingga mati, esok.

Sakineh Mohamadi-Astiani dijangka direjam esok
Aktivis wanita Iran, Mina Ahadi, yang begitu takut mendengar berita itu, cepat-cepat pula memaklumkan khabar  itu kepada agensi berita asing.

Konon kata Mina, dia mendengar berita tentang kemungkinan kerajaan Iran akan melaksanakan hukuman itu tiga hari lalu.

Sakineh sebelum ini pernah dikenakan hukuman gantng sampai mati kerana pembabitannya dalam kes pembunuhan suaminya, tetapi mahkamah Iran mebenarkan rayuannya dan dia hanya dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Bagaimanapun, Sakineh mempunyai tuduhan lain iaitu membuat hubungan dengan lelaki bukan mahramnya dan untuk tuduhan itu mahkamah mengenakan hukuman direjam dengan batu sehingga mati. Dia membuat rayuan terhadap hukuman itu sejak 2007.

Dan berita terbaru ialah dia dipercayai akan menjalani hukuman rejam batu itu esok!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10