nuffnang ads

Tuesday, November 23, 2010

ROBOT DIHANTAR UNTUK SELAMATKAN 29 PELOMBONG DI NEW ZEALAND HARI INI



KERAJAAN Australia Barat, menerusi syarikat Water Corporation menghantar sebuah robot paip, khususnya untuk membantu operasi menyelamat 29 pelombong yang masih terperangkap di lombong arang batu Pike River, New Zealand.

Jurucakap syarikat pembekal robot itu, James Larrson, berkata robot berkenaan dihantar mengunakan pesawat hari ini.

Penggunaan robot yang ditawarkan oleh kerajaan Australia Barat itu adalah pilihan terbaik untuk menyelamatkan 29 mangsa yang terperangkap sejak empat hari lalu, ekoran kekhuatiran pihak berkuasa mengenai kehadiran gas beracun yang menghalang penyelamat memasuki lombong yang meletup itu.

Robot paip yang dihantar untk kerja menyelamat itu dikawal secara alat kawalan jauh dan dibekalkan kamera, cahaya khas serta peralatan yang boleh digunakan untuk menguji kehadiran pelbagai jenis gas.

Ia dikawal menggunakan kabel fiber optik dan mampu bergerak secara bebas dan menurut sasaran secara enam kilometer di bawah paras tanah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10